Thursday, April 3, 2014

Welcome the World Aisy Aryan Saifuddin

Assalamualaikum sayang...

Harini dah genap 41 hari anak bonda lahir ke dunia ni. Harini baru bonda sempat nak update entry untuk sayang.

Melahirkan kamu adalah satu anugerah terindah untuk bonda. Memang menyakitkan, tapi semua kesakitan tu hilang saat bonda menatap wajah sayang.

Aisy Aryan Saifuddin...itu nama yang ayah dan bonda berikan untuk sayang.

Aisy bermaksud mewah - Bonda dan ayah mahu sayang bukan sahaja mewah dengan materi, tapi juga mewah dengan budi pekerti yang mulia, mewah dengan ilmu Allah untuk kegunaan sayang di dunia dan akhirat.

Aryan bermaksud kekuatan penuh - Bonda dan ayah nak sayang sentiasa kuat untuk menempuhi apa jua cabaran hidup di dunia ni sebab dunia ni penuh dengan dugaan dan cubaan yang mungkin akan melemahkan kita. Jadi, Aryan kena sentiasa kuat.

Saifuddin bermaksud pedang agama - Bonda dan ayah mahu sayang menjadi seorang yang akan mempertahankan agama Islam dan mujahidin yang baik.

Aisy...
Jadi anak yang baik yang sentiasa membanggakan ayah dan bonda. Aisy harapan ayah dan bonda.
Aisy amanah Allah untuk ayah dan bonda. Ayah dan bonda akan jaga Aisy sebaik-baiknya dan akan selalu memberikan yang terbaik untuk Aisy..

Insyaallah..


Us.


Luv,
Bonda.