Monday, March 9, 2015

Sabar

Assalamualaikum...

Another hard day today to face him. But cannot avoid him since he already become a part of my life.

Nak tak nak kena face it jugak kan. With a lot a lot a lot of sabar....

Sunday, March 8, 2015

Sendiri

Assalamualaikum...

Well I guest this book no one will read right? So here will I put all my sad, happy, angry, regret and everything inside here.

Kadang2 kita tak sedar dengan cara menyakiti seseorang, hati kita sendiri yang terluka.
Aku hanya mahukan perhatian seperti dulu, cinta seperti dulu, kasih dan sayang seperti dulu.

Seiring perubahan waktu, semuanya telah berubah. Segalanya.......

Mungkin pada dia, semuanya sama. Tapi tidak.
Aku seolah2 bermadu dengan alam maya.

Alam maya lebih diutamakan dari aku.
Adakah alam maya lebih penting?Adakah alam maya lebih membahagiakan?Adakah alam maya lebih cantik, indah, mempersonakan, menggoda?

Dan aku? Hanyalah seorang manusia yg tak punya apa2.

Jika aku tiada, tidak bermakna apa2 pada dia kerana aku bukan siapa2..right?

Aku bukan insan penting. Hanya menyusahkan. Jadi untuk apa disimpan insan seperti ini. Right?

Ya Allah...ampuni aku....

Thursday, April 3, 2014

Welcome the World Aisy Aryan Saifuddin

Assalamualaikum sayang...

Harini dah genap 41 hari anak bonda lahir ke dunia ni. Harini baru bonda sempat nak update entry untuk sayang.

Melahirkan kamu adalah satu anugerah terindah untuk bonda. Memang menyakitkan, tapi semua kesakitan tu hilang saat bonda menatap wajah sayang.

Aisy Aryan Saifuddin...itu nama yang ayah dan bonda berikan untuk sayang.

Aisy bermaksud mewah - Bonda dan ayah mahu sayang bukan sahaja mewah dengan materi, tapi juga mewah dengan budi pekerti yang mulia, mewah dengan ilmu Allah untuk kegunaan sayang di dunia dan akhirat.

Aryan bermaksud kekuatan penuh - Bonda dan ayah nak sayang sentiasa kuat untuk menempuhi apa jua cabaran hidup di dunia ni sebab dunia ni penuh dengan dugaan dan cubaan yang mungkin akan melemahkan kita. Jadi, Aryan kena sentiasa kuat.

Saifuddin bermaksud pedang agama - Bonda dan ayah mahu sayang menjadi seorang yang akan mempertahankan agama Islam dan mujahidin yang baik.

Aisy...
Jadi anak yang baik yang sentiasa membanggakan ayah dan bonda. Aisy harapan ayah dan bonda.
Aisy amanah Allah untuk ayah dan bonda. Ayah dan bonda akan jaga Aisy sebaik-baiknya dan akan selalu memberikan yang terbaik untuk Aisy..

Insyaallah..


Us.


Luv,
Bonda.

Sunday, November 3, 2013

Baby Kicking

Assalamualaikum...

Hi sayang...
Masuk harini, dah hampir 24 minggu awak dalam perut bonda. Which is dah near 6 bulan dah..yay!!

Bonda harap baby sihat-sihat kat dalam tu. Nak tau tak, baby sekarang sangat aktif n bonda selalu rasa pergerakan baby dalam perut bonda.
Teruja hokay when something moving in my stomach. Kadang-kadang ada nampak perut bonda bergerak-gerak. Tapi bila bonda ambik camera nak record, terus baby diam.

Ooo..dah pandai sekarang ye..
Honestly, bonda n ayah tak sabar nak jumpa baby..
Next month nak kami nak shopping barang baby..

Don't worry, we'll prepare everything for you dear...

Stay healthy and remember, ayah bonda lovesssssss u sooooooo muchhhhhhh!!

Luv,
Bonda.

Wednesday, October 30, 2013

23 Weeks: Anemia

Assalamualaikum...

Morning! Morning!

Semalam ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk monthly chack up macam biasa. Unfortunately, bonda punya HB (hemoglobin) atau darah semakin rendah, dari 14.9, 11.8, then semalam 11.5.

Nurse kata kalau next month datang checkup lagi n darah bonda mencapai 10 n below, bonda kena anemia.
I'm so sorry sayang..maybe bonda tak jaga pemakanan..bonda kurang zat besi.

Anemia ni memang bahaya untuk ibu mengandung dan untuk baby.
Anemia ialah satu kondisi di mana badan kita tidak mempunyai sel darah merah yang cukup. Sel darah merah ini lah yang membekalkan oksigen kepada badan kita.

Pengambilan zat besi yang mencukupi adalah sangat penting untuk membekalkan sel darah merah ke dalam badan kita. 

Ini yang bonda baca dari satu blog: http://beeandyou.blogspot.com/2013/01/anemia-semasa-hamileffect-hb-rendah.html

**********************************************************************************
APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?


Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
*************************************************************************************************************
Bonda taknak jadi apa-apa dekat anak bonda ni. Bonda doa sangat-sangat nanti baby lahir dengan keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah. Bonda akan makan segala macam yang diperlukan untuk tambah zat besi kita supaya kuat.
Kalau baby nak tau, hati ayam memang bukan feberet bonda. Makan sikit-sikit boleh la.
Tapi semalam ayah awak dah belikan sepeket hati ayam, bayam untuk bonda makan. Bonda paksa jugak makan sebab bonda nak baby sihat.
Baby take care ok..bulan 2 nanti kita jumpa.
Luv u sooooooo much!!!!
Luv,
Bonda.


Wednesday, October 9, 2013

Doakan bonda...

Assalamualaikum syg...

Anak bonda yg bonda syg sgt ni.. Baby tolong doakan bonda dapat close deal dgn client RM9000 ye...

Kalau dapat memang rezeki untuk baby la..kite sama2 doa ok.. =)

Dh 5 bulan baby duk dlm perut bonda..another 4 months to go...;)

#ayahbondasayangbaby#

Thursday, September 26, 2013

Insyaallah...Amalkan





Assalamualaikum




 Insyaallah akan istiqamah mengamalkan...aminn..